
“Orang ramai turut digalakkan membuat pembayaran tanpa tunai (cashless).
“Pembayaran saman boleh dibuat di semua pejabat JPJ negeri, cawangan JPJ dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) JPJ,” katanya dalam catatan di media sosial semalam.
JPJ pada asalnya menawarkan diskaun saman 80% mulai kelmarin hingga esok sempena sambutan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Tawaran diskaun itu diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang disenaraikan dalam Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003, kecuali kes dalam perbicaraan mahkamah, berstatus waran tangkap dan masih dalam tindakan senarai hitam.