
Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, semua suspek berjaya dihubungi oleh pegawai penyiasat semalam, berhubung video tersebut.
“Mereka akan hadir untuk dirakam percakapan petang ini,” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.
Kes terbabit diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, kerana kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, dan penggunaan media sosial secara tidak wajar.
Khamis lepas, Presiden OKU Sentral Ras Adiba Radzi membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang mempersendakan golongan OKU, walaupun mereka telah memohon maaf secara terbuka.
Sebelum ini, tular di media sosial dua lelaki menggunakan tempat letak kereta khas untuk OKU di sebuah pusat beli-belah, dengan menyamar sebagai OKU untuk menggunakan parkir berkenaan.
Selain itu, dua wanita yang merupakan penunggang basikal, mengambil kesempatan menggunakan tandas OKU dengan membuat pergerakan yang mempersendakan golongan tersebut.