Polis Perak siasat video tular pelajar asrama dibuli

Polis Perak siasat video tular pelajar asrama dibuli

Video memaparkan sekumpulan pelajar lelaki bergilir-gilir menumbuk bahagian perut rakannya di sebuah asrama.

Video berdurasi 10 saat yang memaparkan aksi sekumpulan pelajar membuli seorang rakan mereka tular di media sosial.
PETALING JAYA:
Polis Perak menyiasat video tular yang memaparkan aksi sekumpulan pelajar membuli seorang rakan mereka.

Video yang turut dikongsi di pelbagai platform media sosial itu menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki bergilir-gilir memukul bahagian perut individu terbabit.

Ketika dihubungi FMT, Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, perkara itu sedang disiasat.

Difahamkan, video itu diambil di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, Perak.

Kementerian Pendidikan telah dihubungi untuk mendapatkan komen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.