
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Norma Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohd Zainizam Kamarudin, 40, yang didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan memukul kepala isterinya berusia 33 tahun menggunakan sebatang kayu getah di sebuah ladang getah di FELDA Palong Lapan, Gemas, Negeri Sembilan, pada 9.15 pagi.
Berdasarkan siasatan polis, kejadian berlaku selepas tertuduh bertengkar dengan isterinya, menurut laporan Harian Metro.
Ia berpunca selepas tertuduh berada dalam keadaan marah kerana pokok getah yang ditoreh tidak mengeluarkan susu, menyebabkannya naik angin lalu memukul wanita itu.
Berikutan kejadian itu, isteri tertuduh cedera di kepala.
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwaan Raya Muhammad Amitul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.