299 individu ‘kantoi’ kolam renang jadi ‘port’ parti liar

299 individu ‘kantoi’ kolam renang jadi ‘port’ parti liar

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 10.50 malam tadi.

Seramai 299 yang ditahan terdiri daripada 158 lelaki dan 55 wanita warga asing, manakala 31 lelaki dan 55 wanita lagi adalah warga tempatan. (Gambar Facebook Traffic Crew)
PETALING JAYA:
Polis menahan 299 individu termasuk 110 wanita ketika sedang leka menjalankan aktiviti parti liar susulan serbuan di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara malam tadi.

Serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor.

Menurut laporan Berita Harian, dalam serbuan pada 10.50 malam tadi, sebahagian wanita yang ditahan mengenakan pakaian bikini dan sedang leka menari, mandi di dalam kolam serta berhibur.

Seramai 299 yang ditahan terdiri daripada 158 lelaki dan 55 wanita warga asing, manakala 31 lelaki dan 55 wanita lagi adalah warga tempatan yang terbabit dalam kegiatan parti liar sejak pukul 4 petang itu.

(Gambar Facebook Traffic Crew)

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur turut menjalankan ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada individu yang menyertai parti berkenaan terbabit dalam penyalahgunaan dadah atau sebaliknya.

Difahamkan, setiap individu dikenakan bayaran RM60 untuk menyertai parti itu yang dijemput menerusi aplikasi media sosial dengan disediakan minuman keras dan makanan ringan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.