PM mesti minta maaf kerana ‘ugut’ pengundi Sarawak, kata Ahli Parlimen DAP

PM mesti minta maaf kerana ‘ugut’ pengundi Sarawak, kata Ahli Parlimen DAP

Ia bertentangan dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ dan demokrasi yang dianjurkannya sendiri, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Teo Nie Ching bertanya sama ada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengaku beliau bersikap tidak adil dalam peruntukan Bajet 2022 kepada Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, yang diterajui PH.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mesti menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kerana secara tidak langsung mengugut untuk menghentikan projek pembangunan untuk Sarawak jika pengundi memilih kerajaan negeri yang berbeza daripada kerajaan pusat, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Menyifatkan mesej Ismail kepada pengundi Sarawak sebagai “menyinggung perasaan dan menjengkelkan”, wakil rakyat DAP itu berkata, ia bertentangan dengan konsep “Keluarga Malaysia” dan demokrasi yang dianjurkan Perdana Menteri itu sendiri.

“Apa yang kita ada di Malaysia bawah pentadbirannya adalah ‘Keluarga Ismail Sabri dan gengnya’,” kata Teo dalam kenyataan.

Dalam konteks ini, Teo bertanya sama ada Ismail mengaku beliau bersikap tidak adil dalam peruntukan Bajet 2022 kepada Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

Berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kapit semalam, Ismail berkata, beliau berharap rakyat Sarawak tidak membuat keputusan yang silap pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

“Banyak lagi yang hendak lulus ini tidak dapat dilaksanakan, kalau lain pemerintah negeri dengan pusat,” tambahnya.

Sarawak akan mengadakan PRN ke-12 pada 18 Dis, dengan penamaan calon pada 6 Dis dan pengundian awal pada 14 Dis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.