Kementerian Pertanian beri jaminan harga barang keperluan pulih tak lama lagi

Kementerian Pertanian beri jaminan harga barang keperluan pulih tak lama lagi

Ia susulan langkah proaktif kerajaan memberi subsidi kepada pemain industri makanan asas pada Khamis lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kenaikan harga barangan ketika ini adalah kesan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
PETALING JAYA:
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan harga barangan keperluan asas akan kembali pulih dalam satu atau dua minggu lagi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ia susulan langkah proaktif kerajaan memberi subsidi kepada pemain industri makanan asas pada Khamis lalu.

“Subsidi itu diberikan kepada pengimport ayam mentah, sayuran, syarikat menjual makanan ayam, racun dan sebagainya untuk mengatasi masalah tersebut.

“Insya Allah, tidak lama lagi apabila barangan import masuk ke negara kita dengan harga subsidi, kita akan menikmati harga sewajarnya dan saya minta rakyat supaya bersabar seketika,” katanya dipetik Bernama selepas melawat projek Industri Asas Tani (IAT) menerusi jelajah Program Agropreneur Muda di Bandar Satelit, Pasir Tumboh di Kota Bharu.

Beliau menegaskan kenaikan harga barangan ketika ini adalah kesan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

“Sebelum ini, ada dakwaan segelintir pengguna media sosial mengatakan harga ayam mentah mencecah sehingga RM20 sekilogram. Dakwaan harga itu tidak benar.

“Perkara ini seakan berbaur fitnah yang ingin menggugat kerajaan, sedangkan kerajaan begitu cakna dan prihatin terhadap kesusahan rakyat dengan memberi subsidi kepada barangan asas dan sebagainya berbanding negara lain yang tidak mampu memberi subsidi kepada rakyatnya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.