
Kumpulan itu mula berkumpul di sekitar pusat membeli-belah Pavilion pada 5.30 petang sebelum bergerak menaiki kenderaan ke Sogo.
Kira-kira empat kenderaan lengkap dengan poster tiga tuntutan antaranya meminta kerajaan membanteras kartel rasuah, menguatkuasakan undang-undang dan kawal harga barang.
Terdahulu, kumpulan itu memaklumkan membatalkan hasrat untuk berhimpun secara fizikal di perkarangan Sogo sebaliknya hanya melakukan pusingan dengan kenderaan.

“Batal berhimpuan di Sogo kerana mengikut nasihat IPD Dang Wangi,” kata kumpulan itu menerusi Facebook rakyat tuntut tiga.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati tiada pemimpin utama PEJUANG yang turun dan polis membuat kawalan mulai 4 petang di sekitar Pavilion dan Sogo.
Isu harga barangan dan makanan terutama ayam, sayur-sayuran dan telur terus menjadi perhatian rakyat susulan kenaikan mendadak sejak kebelakangan ini.
Ia turut mendapat perhatian Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail berkata, kenaikan yang berlaku bukan berpunca daripada peniaga sebaliknya situasi tersebut disebabkan kos ditanggung di pelbagai peringkat rantaian bekalan sebelum sampai kepada peniaga.