Pengusaha pelancongan sambut baik bantuan tepat masa Bajet 2022

Pengusaha pelancongan sambut baik bantuan tepat masa Bajet 2022

Presiden Pertubuhan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia, Uzaidi Udanis berkata, bantuan itu akan membantu pengusaha mulakan semula perniagaan.

Bantuan khas Bajet 2022 boleh membantu pengusaha pelancongan bangkit semula selepas tidak beroperasi selama lebih 20 bulan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pengusaha pelancongan menanti-nantikan pelbagai inisiatif dalam Bajet 2022 yang akan memulihkan industri itu.

Presiden Pertubuhan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia, Uzaidi Udanis, memberitahu FMT, bantuan seperti itu sangat dialu-alukan kerana kebanyakan perniagaan yang terjejas adalah perusahaan-kecil-dan-sederhana (PKS).

Ketika membentangkan Bajet 2022 Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan tujuh inisiatif penting berjumlah RM1.6 bilion untuk menghidupkan semula sektor pelancongan yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ini termasuk bantuan khas RM85 juta kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya selama tiga bulan.

Di samping itu, ialah program subsidi upah sebanyak RM600 juta untuk manfaat lebih 26,000 majikan dan 330,000 pekerja

Pembiayaan khusus sebanyak RM600 juta juga akan diperuntukkan bawah Kemudahan Pembiayaan Pelancongan PENJANA dan Skim Pemulihan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB).

Uzaidi berkata, bantuan khas itu boleh membantu syarikat memulakan semula perniagaan mereka selepas tidak beroperasi selama lebih 20 bulan.

“Kami kini dalam peringkat pemulihan. Kadang-kadang kita perlu memperbaharui kenderaan yang digunakan untuk pelancongan, memperbaharui cukai jalan dan melakukan pembaikan.

“Kebanyakan pengusaha kami adalah PKS dan semua bantuan itu membantu. Kebanyakan mereka gembira,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.