
Daripada jumlah itu, 12 adalah kematian sebelum tiba ke hospital (BID).
Angka kematian kini meningkat kepada 30,521 orang.
Selangor terus mendahului dengan sembilan kematian, diikuti Kelantan, Perak dan Sabah (masing-masing enam), Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing lima), Kuala Lumpur (tiga), Johor (dua) dan Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Labuan (masing-masing satu).
Tiada kematian dilaporkan di Pahang dan Putrajaya.
Setakat tengah malam, terdapat 62,253 kes aktif Covid-19, termasuk 511 di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 266 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 7,246 kes pulih dilaporkan.
Angka keseluruhan kes Covid-19 dilaporkan di negara ini kini ialah 2,644,027.