
Inisiatif berkembar itu dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mendigitalkan perniagaan kecil dan memacu permintaan.
Dalam Bajet 2022 kerajaan mengumumkan sebanyak RM250 juta akan diperuntukkan untuk meneruskan kempen membantu usahawan tempatan beralih kepada pendigitalan.
Gergasi e-panggilan, Grab Malaysia, adalah antara rakan kempen SMO.
Grab berkata, kerjasama dengan agensi kerajaan yang mengongsi wawasan masa depan yang sama, selain membantu perusahaan-mikro-kecil-dan-sederhana (PKMS) dengan meluaskan liputan dan capaiannya.
“SMO adalah antara usaha kerajaan yang memberi impak paling tinggi pada 2020. Tahun lepas, 8.2 juta pengguna membeli-belah menerusi Penjana SMO yang memberi manfaat kepada 202,000 perniagaan, manakala kempen MSME Onboarding pula membantu 33,000 PMKS menyertai pelbagai jenis platform e-dagang,” kata Grab dalam kenyataan.
Grab mempromosikan kempen itu di platformnya dan turut meluaskan perkhidmatan itu ke kawasan di luar Lembah Klang.
“Lebih 90% perniagaan yang turut serta dikategorikan sebagai PMKS. Dengan lebih 50% daripadanya berpangkalan di luar Lembah Klang, ia memperlihatkan pertumbuhan ekonomi digital dan perbelanjaan dalam talian di kawasan lain di negara ini,” katanya.
Grab juga berkata, rakyat masih melanggan keperluan harian secara dalam talian meskipun ekonomi kini dibuka semula.
Pemilik Charlie’s Café & Bakery, Desonny Tuzan berkata, perniagaannya menyertai kempen SMO tahun lalu dan akan terus memanfaatkan kelebihan itu tahun ini.
Beliau mengakui perniagaannya teruk terjejas ketika wabak tetapi berjaya mengangkat jenamanya di platform digital dengan mengambil bahagian dalam kempen kebangsaan itu.
“Ramai orang belum sedar betapa luasnya impak kempen kebangsaan seperti SMO ini bagi perniagaan kecil tempatan. Bukan sahaja ia mendedahkan kami kepada lebih banyak pelanggan, ia juga membantu kami melayan pengguna di serata tempat – sesuatu yang kami tidak dapat bayangkan sebelum ini,” kata Desonny.
Pengarah Lady’s Close, Casslene Ng berkata, perniagaan pakaiannya menarik banyak pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan lama sepanjang tahun lalu menerusi kempen SMO ini.
“Kami beranggapan pelanggan akan mengurangkan perbelanjaan mereka kerana impak ekonomi tetapi kami benar-benar terkejut dengan sokongan yang mereka berikan.
“Bukan sahaja mereka boleh berjimat-cermat menerusi diskaun SMO, mereka turut mendapat mata GrabRewards yang digunakan untuk menebus baucar dan membeli lebih banyak,” kata Ng.