Henti guna lantikan politik, gesa G25

Henti guna lantikan politik, gesa G25

G25 berkata, lantikan politik berdasarkan kesetiaan memberi 'imej buruk' kepada negara kerana kurang akauntabiliti dan sensitiviti terhadap kepentingan rakyat.

G25 menyifatkan lantikan politik tambahan sebagai pembaziran dana kerana kerja itu sudah dilakukan penjawat awam sedia ada.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob diminta berhenti menggunakan pelantikan politik sebagai ganjaran kepada individu yang menunjukkan kesetiaan kepada parti pemerintah.

G25 mengkritik pelantikan tambahan penasihat dan pembantu khas di Pejabat Perdana Menteri (PMO) kerana kerajaan sudah mempunyai sejumlah besar penjawat awam.

Kumpulan yang dianggotai bekas pegawai kanan kerajaan itu berkata, pelantikan berdasarkan kesetiaan memberi “imej buruk” kepada negara kerana kurang akauntabiliti dan sensitiviti terhadap kepentingan rakyat.

“Ia adalah pembaziran dana negara kita yang digunakan untuk pekerjaan yang sudah dilakukan penjawat awam sedia ada.”

Katanya, pelantikan berterusan penasihat dan pembantu khas di PMO ialah trend tidak diingini yang akan menyebabkan wujudnya jawatan tanpa had.

Kenyataan ini menyusul pelantikan Ketua Umno Kedah, Jamil Khir Baharom sebagai penasihat hal ehwal agama dan Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan sebagai Pengarah Ekonomi di PMO baru-baru ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.