Jenaka rogol: Bapa Ain terima writ saman guru RM1 juta

Jenaka rogol: Bapa Ain terima writ saman guru RM1 juta

Khairul Nizam Sanuddin yang pernah mengajar pendidikan jasmani dan kesihatan di SMK Puncak Alam memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Saiful Nizam Abdul Wahab dan anaknya, Ain Husniza dinamakan sebagai defendan dalam saman yang difailkan Khairul Nizam Sanuddin bernilai RM1 juta pada Jumaat lalu.
PETALING JAYA:
Bapa kepada pelajar sekolah, Ain Husniza Saiful Nizam yang mendakwa guru pendidikan jasmaninya bergurau berkaitan isu rogol, menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada guru terbabit.

Saiful Nizam Abdul Wahab dalam catatan Twitter berkata, Khairul Nizam Sanuddin yang pernah mengajar pendidikan jasmani dan kesihatan di SMK Puncak Alam memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 26 Nov lalu.

Saiful Nizam serta Ain Husniza dinamakan sebagai defendan dalam saman bernilai RM1 juta itu.

Saiful Nizam turut merancang menyaman balas guru terbabit sebanyak RM5 juta.

Pada 6 Ogos lalu, peguam Sankara Nair yang mewakili Ain dilaporkan berkata, saman balas itu kerana Ain menghadapi kemurungan dalam konteks sengaja mencetuskan tekanan emosi (IIED), susulan kes itu yang dianggap sebagai gangguan seksual.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.