
Shaari Hasan membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza, lapor Berita Harian.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Shaari didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan haiwan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang pada 1.30 tengah hari, 27 Julai lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana ini adalah kes serius.
Bagaimanapun peguam tertuduh, Zolazrai Zolkapli memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya hidup sebatang kara.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Dis untuk serahan dokumen serta sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan, perbuatan warga emas itu menyebabkan haiwan berkenaan ditemui mati di kandangnya.