‘Parti baharu tak buat kayu’, Zuraida ‘kunci mulut’ mengenai Parti Bangsa Malaysia

‘Parti baharu tak buat kayu’, Zuraida ‘kunci mulut’ mengenai Parti Bangsa Malaysia

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu tidak mengulas lanjut ketika ditanya berkenaan pembentukan parti baharu iaitu Parti Bangsa Malaysia.

Menurut laporan media sebelum ini, Zuraida Kamaruddin dikatakan bakal mengetuai parti baharu iaitu Parti Bangsa Malaysia.
KUALA LUMPUR:
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin enggan mengulas lanjut ketika ditanya berkenaan pembentukan Parti Bangsa Malaysia dan pembabitan beliau dalam parti baharu berkenaan.

Menurut Zuraida, soalan mengenai parti baharu itu tidak berkaitan dengan sidang medianya dan secara berseloroh berkata: “Oh no, no, parti baharu tak buat kayu.”

Zuraida ditemui pemberita ketika melancarkan majlis Program Inkubator Reka Bentuk TIMB3R (TIMB3R DIP) dan Hackathon Reimagine.Redesign.Remic di sini, hari ini.

Awal bulan lalu, memetik MalaysiaGazette, Ahli Parlimen Ampang itu dikatakan bakal mengetuai parti baharu tersebut, turut dilaporkan parti itu telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 29 Okt lalu.

Selain Zuraida antara individu lain yang bakal menjadi pimpinan Parti Bangsa Malaysia ialah Parlimen Julau Larry Sng dan Steven Choong (Tebrau), dimana kedua-duanya adalah bekas pemimpin PKR.

Menurut laporan Malaysiakini, Choong memaklumkan parti baharu itu merupakan parti pelbagai kaum, yang mana penekanan adalah kepada wanita dan golongan muda yang akan diberi peranan utama dalam semua perkara.

Dalam perkembangan lain Zuraida berkata, beliau melihat terdapat potensi produk kayu di negara ini memandangkan eksport pasaran adalah dari negara Eropah seperti United kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS).

“…jadi kalau negara seperti AS mahu ambil perabot yang diperbuat daripada Malaysia ini bermakna kualiti kerja kita adalah sangat tinggi sebab itu pasaran dari AS dan UK lebih suka ambil produk perabot kita,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.