Kenapa tuding sekolah vernakular bila libat isu penyatuan, soal ahli PKR

Kenapa tuding sekolah vernakular bila libat isu penyatuan, soal ahli PKR

Timbalan Ketua Penerangan G Manivannan berkata penyatuan dapat digalakkan menerusi akta dan dasar, dan hanya akan menjadi realiti jika dilaksanakan dengan betul.

Timbalan Ketua Penerangan PKR G Manivannan meminta Bung Moktar Radin tidak terus menuding ke arah sekolah vernakular apabila menyentuh mengenai penyatuan di negara ini.
PETALING JAYA:
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin diselar kerana cadangannya supaya Sekolah Keluarga Malaysia diwujudkan.

G Manivannan dari PKR berkata, cadangan Bung itu tidak menyentuh penyelesaian elemen lain, contohnya ketaksamrataan dalam bantuan kebajikan dan ekonomi; rasisme; dan penghinaan agama di negara ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan parti mempertikai kenapa ahli politik sering menuding ke arah sekolah vernakular apabila menyentuh isu penyatuan.

Dalam kenyataan, Manivannan berkata penyatuan dapat digalakkan menerusi akta dan dasar, dan hanya akan menjadi realiti jika dilaksanakan dengan betul.

Bung ketika mencadangkan pembentukan Sekolah Keluarga Malaysia berkata, usaha menyatukan masyarakat majmuk digagalkan apabila terlalu banyak sekolah diwujudkan mengikut kaum.

Susulan itu, Manivannan berkata: “Cermin diri sendiri. Sebagai pemimpin, nyatakan idea rasional dan difikirkan mendalam yang mampu diterima setiap pelusuk masyarakat.”

Katanya, undang-undang yang bersifat inklusif, jelas dan telus wajar digubal untuk mengekalkan keharmonian dan penyatuan antara pelbagai kaum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.