(VIDEO) Kebakaran di Segambut, asap tebal selubungi KL

(VIDEO) Kebakaran di Segambut, asap tebal selubungi KL

Kejadian berlaku ketika jalan raya sesak dengan kenderaan warga kota selepas waktu kerja.

Rakaman video kebakaran yang tular menunjukkan kepulan asap tebal menjulang ke ruang udara.
PETALING JAYA:
Sebuah kedai menjual alat ganti kereta terpakai di Taman Segambut, ibu negara, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Kepulan asap tebal menyelubungi ruang udara Kuala Lumpur akibat kebakaran yang berlaku ketika jalan raya sesak dengan kenderaan warga kota yang pulang selepas waktu kerja.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, ia menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang tadi.

Susulan itu, katanya, 83 anggota daripada pelbagai pasukan, termasuk dari lapan balai bomba Taman Tun Dr Ismail, Wangsa Maju, Jinjang, Sri Hartamas, Hang Tuah, Titiwangsa, Sentul dan Seputeh dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Muhamad Ridhwan Kamarulzaman berkata, premis berkeluasan 40×100 kaki di Jalan Kampung Pasir itu terbakar hampir 90% dan tiada mangsa dilaporkan cedera setakat ini.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut penjawat awam, Salmi Said, kepulan asap tebal itu boleh dilihat dari Sentul.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.