
Katanya, rakyat kini semakin peka tentang masalah politik negara dan mahu menamatkannya segera dengan memilih BN.
“Saya rasa mereka (rakyat) ingin tamatkan apa yang dikatakan riuh rendah dalam politik sekarang dan mahukan satu bentuk kestabilan,” katanya, lapor Berita Harian.
“Jadi kita tengok apa yang BN boleh lakukan dalam tempoh lima tahun ini (di Melaka) kerana secara objektifnya kita harus bagi peluang kepada mereka.”
Semalam, BN memperoleh 21 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Melaka, dan ini membolehkannya membentuk kerajaan negeri.
Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan calon daripada PKR, DAP dan Amanah hanya menang lima kerusi, manakala calon-calon Bersatu, PAS, dan Gerakan daripada Perikatan Nasional (PN) memperoleh dua kerusi.
Salahuddin berkata, faktor lain yang mempengaruhi keputusan itu adalah wabak Covid-19 yang menyebabkan peratusan keluar mengundi rendah, iaitu 65.85%
“Faktor ini yang akan diperincikan dalam ‘post mortem’ kita dan saya rasa kita harus melihat banyak lagi perkara untuk kita hadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya.
Tambahnya, Amanah menerima baik keputusan PRN.
“Secara prinsipnya kita terima keputusan rakyat dan menghormati orang Melaka yang sudah memberikan mandat mereka kepada kerajaan baharu,” katanya.