Ajal mekanik dihempap kereta dibaiki

Ajal mekanik dihempap kereta dibaiki

Selepas mangsa berjaya dikeluarkan, pemeriksaan oleh petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian mendapati lelaki itu telah meninggal dunia.

Menurut bomba, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. (Gambar Bomba)
GEORGE TOWN:
Seorang mekanik maut selepas dihempap sebuah kereta ketika sedang membaikinya di sebuah rumah yang dijadikan bengkel membaiki kenderaan di Kampung Bayan Lepas, malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru Helmirizal Che Morad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 malam tadi sebelum sepasukan bomba terus ke lokasi kejadian.

“Sebaik pihak bomba tiba di lokasi kami mendapati seorang lelaki berada di bawah sebuah kereta yang menghempapnya dan mangsa yang berusia 31 tahun ketika itu sudah tidak bergerak.

“Berdasarkan maklumat, sebelum kejadian mangsa sedang membaiki sebuah kereta jenis Proton Saga dan tiba-tiba kereta terbabit menghempap separuh daripada badan mangsa,” katanya.

Katanya pihak bomba menggunakan peralatan Rescue Tools sebelum mangsa berjaya dikeluarkan pada 1.02 pagi dan pemeriksaan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian mendapati lelaki itu telah meninggal dunia.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.