Always with You 2021 merealisasikan keinginan anda memiliki rumah impian, bersempena prapelancaran Sunway Artessa, Sunway d’Hill Residences, Sunway Velocity TWO Tower D dan Sunway Belfield Tower C.
Kempen AWU 2021 Sunway Property terunggul dengan kepelbagaian tawaran intuitifnya.
Memiliki sebuah rumah impian dalam fasa pemulihan pasca Covid-19 ini dianggap sesuatu yang agak mustahil. Tambahan pula dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi semasa pembeli hartanah masih teragak-agak untuk mendapatkan pinjaman yang besar atau disebabkan kedudukan kewangan yang tidak stabil.
Memahami situasi ini, peneraju pemaju pakar komuniti Sunway Property tampil dengan kempen Always with You 2021 sebagai inisiatif untuk merealisasikan keinginanan dan memiliki rumah impian.
Kempen ini diilhamkan seiring dengan maklumbalas yang diterima daripada para pembeli yang berminat untuk memiliki rumah namun berhati-hati dengan keadaan ekonomi semasa. Uniknya, kempen pemilikan rumah Always with You 2021 menyediakan keselamatan kewangan serta pelbagai faedah lain kepada para pembeli.
Kempen Always with You 2021 dilancarkan bersempena dengan prapelancaran empat projek pembangunan terkini Sunway Property, iaitu Sunway Artessa, Sunway d’Hill Residences, Sunway Velocity TWO Tower D dan Sunway Belfield Tower C yang bercirikan kehidupan norma baharu.
Pilihan Keluar Daripada Pelan
Kempen AWU 2021 Sunway Property memberi ketenangan kepada pembeli menerusi pelan keluar secara sukarelanya.
Pelan keluar secara sukarela adalah salah satu keistimewaan yang ada dalam kempen Always with You 2021 ini. Pandemik telah menimbulkan pelbagai kebimbangan kepada para pembeli khususnya mengenai jaminan pekerjaan serta ketidakpastian tentang situasi semasa dan masa depan.
Menerusi pelan ini, pembeli mempunyai pilihan untuk menarik balik pembelian sekiranya berlaku keadaan yang tidak diingini seperti kehilangan pekerjaan. Pembeli berhak mendapatkan bayaran balik untuk tempahan serta yuran deposit. Malah, pilihan ini juga turut terpakai sekiranya pembeli hilang upaya atau ditimpa penyakit kritikal dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani.
Kempen ini bertindak sebagai penyelamat kepada pembeli sekaligus mengurangkan kerisauan dan risiko untuk individu memiliki kediaman impian.
Ansuran Tanpa Faedah Sehingga 12 Bulan
Nikmati pelan ansuran tanpa faedah sehingga 12 bulan dengan kempen AWU 2021 Sunway Property.
Kempen pemilikan rumah Always with You 2021 Sunway Property turut menawarkan harga promosi istimewa kepada pembeli. Dalam situasi pandemikini, pihak Sunway Property memahami kesukaran yang dilalui oleh kebanyakan bakal pembelinya. Justeru, skim pembiayaan fleksibel boleh dimanfaatkan oleh pembeli dengan penjimatan sehingga RM25,000.
Kabinet Dapur Percuma
Kempen AWU 2021 Sunway Property turut didatangkan dengan kabinet dapur percuma untuk unit-unit tertentu.
Kempen ini turut menawarkan kabinet dapur percumauntuk unit-unit tertentu kepada para pembeli.Jangan lepaskan peluang merebut tawaran istimewa ini kerana ia berlangsung dalam tempoh masa terhad. Ini adalah penjimatan terbaik buat pembeli agar tidak menghabiskan banyak masa dan wang tambahan untuk melengkapkan dapur kediaman mereka sekaligus memudahkan proses perpindahan nanti.
MOT & Duti Setem Percuma
Lebih banyak penjimatan wang menerusi pengecualian MOT dan Duti Setem di bawah kempen AWU 2021 Sunway Property.
Nikmati penjimatan MOT dan Duti Setem sehingga RM32,000 menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2021. HOC 2021 merupakan salah inisiatif pihak kerajaan untuk menyokong pembeli rumah yang ingin membeli hartanah serta menggalakkan penjualan hartanah tidak terjual dalam pasaran perumahan Malaysia.
Di bawah skim HOC dan kempen Always with You 2021, pemohon yang berjaya boleh menikmati 100% pengecualian duti setem untuk Instrumen Pindahan dan Instrumen Jaminan Pinjaman bagi sebarang pembelian rumah kediaman sehingga nilai RM1 juta. Rebutlah peluang sekali seumur hidup ini untuk anda miliki kediaman impian sambil menikmati penjimatan wang tunai yang lumayan.
Pemberian Terus Menerus
Dapatkan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah mingguan hebat menerusi kempen AWU 2021 Sunway Property!
Kempen pemilika nrumah Always with You 2021 Sunway Property menyediakan pelbagai hadiah lumayan secara mingguan kepada para pembeli! Sepanjang tempoh kempen, pembeli berpeluang memenangi pelbagai hadiah mingguan berjumlah sehingga RM63,888 termasuk peralatan rumah elektronik yang bakal melengkapi kediaman impian anda!
Untuk maklumat lanjut tentang kempen Always with You 2021, klik sini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram