
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan yang dikuasai PEJUANG akan menyokong prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang dan menolak sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa serta rasuah oleh kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan yang dikuasai orang Melayu memberikan keistimewaan tertentu kepada bukan Melayu yang tidak diberikan oleh negara berbilang kaum lain.
Akibatnya, kaum lain dibenarkan untuk mengekalkan identiti mereka dengan negara asal, bahasa, budaya, sekolah dan sebagainya.
“Ini ikrar kami. Menyokong PEJUANG adalah menyokong Malaysia dan rakyat Malaysia.
“Ketika orang Melayu boleh berharap untuk mengejar, bangsa lain pula tidak akan kehilangan tempat dan peluang mereka,” katanya dalam catatan di blognya.
Mahathir berkata, memandangkan orang Melayu merupakan sebahagian besar penduduk, mereka berkhidmat sebagai tulang belakang kerajaan, sambil menambah bahawa Malaysia ditadbir oleh “kerajaan berbilang kaum tetapi sebahagian besarnya Melayu” sejak Merdeka.
Beliau berkata, liberalisme Malaysia terhadap bukan Melayu tidak dapat ditandingi dalam apa jua cara dan konflik antara rakyat pelbagai etnik jarang berlaku.
“Malaysia jauh lebih stabil dan aman berbanding banyak negara berbilang kaum lain malah negara satu etnik di dunia,” katanya.