PRN Melaka: Calon DAP pertandingan 5 penjuru minta lawan tanding secara sihat, tiada provokasi

PRN Melaka: Calon DAP pertandingan 5 penjuru minta lawan tanding secara sihat, tiada provokasi

Muhamad Danish Zainudin yang bertanding di DUN Pengkalan Batu turut meminta lawan supaya tak merosakkan bahan kempen.

Calon DAP DUN Pengkalan Batu, Muhamad Danish Zainudin berharap semua pihak dapat bertanding secara sihat.
MELAKA:
Calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Muhamad Danish Zainudin berharap pihak lawan bertanding secara sihat tanpa sebarang provokasi pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Danish yang berusia 25 tahun berkata ketika berkempen tidak perlulah melakukan perbuatan tidak sihat termasuk merosakkan bahan kempen parti lawan seperti papan iklan.

“Saya seorang calon muda, calon baharu, niat saya hanya untuk berbudi, niat saya hanya untuk berkhidmat, dan dengan tindakan provokasi tidak akan gentarkan saya untuk melangkah ke hadapan untuk bawa suara rakyat di DUN Pengkalan Batu,” katanya pada Ceramah Perdana PRN Melaka secara maya, malam ini.

Danish berada dalam saingan lima penjuru menentang Mohd Azrudin Md Idris (PN), Norhizam Hassan Baktee (Bebas), Aluwi Sari (Putra) dan Kalsom Noordin (BN).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas, selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.