Pujuk, bukan hukum mereka enggan vaksin, kerajaan diberitahu

Pujuk, bukan hukum mereka enggan vaksin, kerajaan diberitahu

Tiada jalan pintas untuk kesihatan awam, pihak berkuasa perlu kerja keras maklum dan yakinkan orang ramai, kata aktivis kesihatan awam.

Jabatan Perkhidmatan Awam berkata penjawat awam berdepan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan sekiranya enggan menerima suntikan vaksin.
PETALING JAYA:
Kerajaan tidak sepatutnya mengambil langkah mengenakan hukuman keras dalam menangani kakitangan yang teragak-agak untuk divaksinasi, kata seorang aktivis kesihatan awam.

Ketua Pusat Dasar Kesihatan dan Sosial Galen Azrul Mohd Khalib berkata: “Tiada jalan pintas untuk kesihatan awam, anda (pihak berkuasa) perlu melakukan kerja keras untuk memaklumkan dan meyakinkan orang ramai.”

Azrul Mohd Khalib.

“Ancaman cuti tanpa gaji, penggantungan, atau pemecatan adalah jalan pintas yang boleh dikatakan tidak perlu dan tidak seimbang,” katanya.

Penjawat awam dimaklumkan sebelum ini dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa mereka yang enggan divaksin Covid-19 boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan. Ogos lalu, seorang sarjan tentera diberhentikan dan kehilangan pencennya kerana enggan mengambil vaksin Covid-19.

Dr Koh Kar Chai.

Azrul berkata, kerajaan sepatutnya tidak mengambil langkah untuk menghukum kerana langkah punitif atau mengenakan hukuman boleh dicabar atau disemak di mahkamah, di mana keputusannya tidak pasti dan mungkin ditetapkan menjadi kes duluan yang tidak diinginkan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Koh Kar Chai berkata, penamatan perkhidmatan kakitangan yang enggan divaksin sudah cukup ketat.

“Penyelesaian terbaik ialah mewujudkan kesedaran dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan awam untuk mengambil vaksin bagi melindungi diri mereka dan orang lain,” kata Koh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.