
Ketua Menteri yang juga calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Sulaiman Md Ali berkata semua teras itu merangkumi pelbagai aspek termasuk mengutamakan manfaat untuk golongan muda, belia serta anak jati negeri ini.
Sulaiman bagaimanapun tidak memperincikan selanjutnya mengenai manifesto yang akan diumumkan itu kerana ia bersifat menyeluruh.
“Saya ingat ia satu manifesto yang terangkum keseluruhan semuanya yang merangkumi segala aspek. Jadi tunggulah esok,” katanya memetik laporan portal Melaka Hari Ini (MHI).
Mengulas lanjut katanya, manifesto tersebut turut menetapkan jangka masa pencapaian dalam tempoh tertentu.
“Ada dalam tempoh sehingga 100 hari dan setahun. Ada jangka masa dua hingga lima tahun. Mana yang kita boleh buat dalam tempoh setahun, kita akan buat,” katanya.