
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini sebagai usaha bagi memastikan wakil rakyatnya tidak mengkhianati parti selepas memenangi kerusi.
“Semua calon PAS mesti berbaiah kepada parti, istiqamah tidak akan keluar parti, tidak akan tinggalkan parti jika menang.
“PAS konsisten tentang agenda lompat parti,” katanya ketika sidang media pada Muktamar Tahunan PAS ke-67 yang sedang berlangsung.
Tuan Ibrahim turut membidas Pakatan Harapan (PH) yang kononnya memperjuangkan undang-undang antilompat parti,sebaliknya parti itu sendiri menerima wakil rakyat yang melompat untuk menjadi calon mereka pada PRN Melaka.
“Tiba-tiba mereka terima orang yang lompat parti dan menimbulkan masalah di Melaka, rakyat Melaka boleh nilai,” katanya.
PAS bertanding di sembilan kerusi daripada 28 DUN di Melaka bawah panji Perikatan Nasional (PN).
Kerusi DUN yang bakal ditandingi PAS adalah Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Kelebang, Bukit Katil, Duyong, Serkam dan Merlimau.