
Menurut Ketua Polis Daerah Muallim Sulizmie Affendy Sulaiman, bapa mangsa sebelum itu menyedari anaknya tiada di dalam rumah pada kira-kira 4.30 petang semalam.
“Bapanya telah membawa mangsa ke Hospital Slim River dan semasa itu mangsa didapati masih hidup dan diberi rawatan awal,” katanya menurut Bernama dalam kenyataan.
Sulizmie berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya yang tidak stabil.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada 12.04 tengah malam tadi,” katanya.
Katanya lagi, proses bedah siasat mangsa akan dijalankan hari ini untuk mengetahui sebab sebenar kematian mangsa.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan.