Diserang, tetak depan anak, lelaki dipercayai Ah Long maut

Diserang, tetak depan anak, lelaki dipercayai Ah Long maut

Mangsa lari ke celah kereta untuk menyelamatkan diri sebelum meninggal dunia, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli.

Mangsa diserang tiga lelaki bersenjatakan parang ketika membuka pintu kereta selepas selesai makan kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli. (Gambar Fail)
SHAH ALAM:
Seorang lelaki dipercayai Ah Long maut ditetak di hadapan sebuah kopitiam di Bandar Baru Bukit Tinggi Klang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira 12.34 tengah malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 47 tahun datang ke kopitiam itu pada 11.50 malam bersama dua anaknya yang berumur 10 dan 18 tahun.

“Ketika hendak membuka pintu kereta selepas selesai makan, mangsa dipercayai didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang dengan dua daripadanya menetak mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa melarikan diri ke arah celah kereta yang diparkir di kawasan tersebut sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Shamsul Amar, ketiga-tiga suspek pula melarikan diri menaiki sebuah kereta yang menunggu mereka di tepi jalan menghala keluar ke arah Persiaran Batu Nilam, Klang.

Kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan usaha mengesan kesemua suspek sedang diteruskan, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.