
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, Mohamad Zarif Isyraf Zulkifli, 20, dipercayai terjatuh dari tebing berhampiran ketika sedang melintasi tasik berkenaan, dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu.
“Sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dan satu unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 11.20 pagi.
“Mangsa cuba dibantu oleh rakan mangsa namun dikatakan kehabisan tenaga namun melepaskan pegangan, sebelum tenggelam ke dasar tasik,” katanya menurut Bernama dalam kenyataan hari ini.
Saiful Bahri berkata usaha pencarian dan selaman pihak bomba dilakukan dalam radius 50m dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan terjatuh.
“Mayat mangsa dijumpai oleh anggota pada pukul 12.55 tengah hari tadi pada kedalaman 12 kaki dalam jarak 30 kaki dari lokasi terakhir mangsa terjatuh dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pukul 2.30 petang tadi,” katanya.