Wan Azizah berundur sebagai penaung BAM

Wan Azizah berundur sebagai penaung BAM

Bekas Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan itu sejak 20 Sept 2018 atas dasar minat, semangat dan komitmen yang diberikan untuk pembangunan sukan badminton.

BAM lahir penghargaan atas semua sumbangan Dr Wan Azizah dalam sukan badminton dan BAM sejak tiga tahun lalu.
KUALA LUMPUR:
Bekas Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Presiden BAM Mohamad Norza Zakaria, ketika mengumumkan perkara itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Wan Azizah yang memegang jawatan itu sejak 20 Sept 2018 atas minat, semangat dan komitmen yang diberikan terhadap sukan itu serta pembangunannya di Malaysia.

“Setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Wan Azizah atas semua sumbangan beliau dalam sukan badminton dan BAM sejak tiga tahun lepas.

“Kami menghargai bimbingan, idea dan input Datuk Seri dalam usaha mengukuhkan persatuan secara keseluruhan. Sumbangan Wan Azizah kepada badminton Malaysia akan sentiasa dikenang dan dihargai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamad Norza mengiringi Wan Azizah melawat Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menunjukkan penghargaan dan pengiktirafan terhadap kerja pembangunan dan inisiatif cemerlang yang dilaksanakan BAM setakat ini.

Dalam lawatan itu, Wan Azizah turut diberi taklimat mengenai pelbagai kemudahan yang disediakan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selain garis panduan kesihatan yang dikenakan kepada semua kakitangan kejurulatihan dan pemain di ABM bagi menjaga kesihatan dan keselamatan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.