1MDB: Mahkamah UK beri kebenaran

1MDB: Mahkamah UK beri kebenaran

Kes di London itu antara beberapa siasatan di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat dan Malaysia melibatkan 1MDB.

Peguam 1MDB berkata keputusan itu akan membolehkan mahkamah komersial meneliti sepenuhnya aspek fraud, dalam proses yang terbuka dan telus. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Mahkamah di London membenarkan Malaysia meneruskan kes melibatkan syarikat Abu Dhabi berkaitan peranannya dalam skandal 1MDB.

Putrajaya mencabar penyelesaian dicapai menerusi timbang tara pada 2017 antara dua pihak itu di UK, dengan alasan syarikat milik Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co dan Aabar Investments maklum mengenai dakwaan fraud terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika perjanjian dimeterai.

Hakim Andrew Baker pada Khamis membenarkan lanjutan masa untuk membolehkan serahan tuntutan itu disempurnakan, seterusnya perbicaraan disifatkan “luar biasa” itu dapat berlangsung.

“Memang ini tempoh lanjutan luar biasa, namun ini juga kes yang luar biasa,” katanya.

1MDB adalah dana pelaburan yang asalnya bertujuan membangunkan ekonomi. Sebaliknya, sebahagian besar dana itu didakwa digelapkan individu yang dikaitkan dengan Najib dan digunakan untuk tujuan rasuah.

Kes di London itu adalah satu daripada beberapa siasatan lain melibatkan 1MDB di seluruh dunia termasuk di AS serta Malaysia.

“Keputusan ini akan akhirnya membolehkan mahkamah komersial meneliti sepenuhnya aspek penting fraud 1MDB menerusi proses yang terbuka dan telus,” kata peguam Richard Little, yang mewakili 1MDB dan Menteri Kewangan Malaysia.

Peguam IPIC dan Aabar Investments enggan mengulas perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.