Bukit Aman tunggu pengesahan Thailand, Australia keberadaan Sajat

Bukit Aman tunggu pengesahan Thailand, Australia keberadaan Sajat

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan, berkata pihaknya sudah menghantar pemakluman kepada Kedutaan Malaysia di Thailand dan Australia, untuk mendapatkan pengesahan.

Polis belum mendapat kata putus sama ada usahawan kosmetik, Nur Sajat, sudah keluar dari Thailand dan kini berada di Australia. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
Polis sedang menunggu pengesahan rasmi Thailand dan Australia berhubung keberadaan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan, berkata pihaknya sudah menghantar pemakluman kepada Kedutaan Malaysia di Thailand dan Australia untuk mendapatkan pengesahan.

“Kita dapat tahu melalui dia sendiri menerusi platform media sosialnya yang mengakui berada di Australia namun kita perlu buat pengesahan secara rasmi. Secara rasmi, kita sudah hantar pemakluman kepada kedutaan Thailand dan Australia untuk membuat pengesahan.

“Sama ada dia sudah keluar dari Thailand dan sudah sampai ke Australia masih belum mendapat kata putus lagi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Abd Jalil berkata, sekiranya menerima pengesahan individu terbabit berada di Australia, pihaknya akan cuba menyalurkan maklumat kepada Australia, namun keputusan akhir terpulang kepada hak kedaulatan negara berkenaan.

Sebelum ini, usahawan kosmetik berkenaan menerusi perkongsian di Instagram miliknya, berkongsi gambar rumah baharunya di Canterbury, Australia.

Berdasarkan ‘live’ Instagram miliknya, dia menyatakan rasa terharu kerana pihak berkuasa Australia banyak memberi sokongan daripada pelbagai aspek termasuk mendakwa diberi rumah itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.