Pengalaman tak dapat dilupakan, saya gentar tandatangan Akta 342, kata Adham

Pengalaman tak dapat dilupakan, saya gentar tandatangan Akta 342, kata Adham

Dr Adham Baba yang juga Menteri Kesihatan ketika itu juga mendedahkan bahawa beliau adalah menteri pertama dalam sejarah menandatangani akta berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba, berkata setiap patah dan ayat dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) digunakan untuk pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19.
PUTRAJAYA:
Dr Adham Baba, hari ini, mendedahkan bahawa beliau sebenarnya gentar untuk menurunkan tandatangan pada Mac 2020, bagi menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ketika pandemik Covid-19 melanda.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, berkata ia adalah pengalaman tidak dapat dilupakan kerana apabila beliau menandatangani dokumen tersebut sebagai Menteri Kesihatan ketika itu, secara automatik rakyat negara ini tidak dapat bergerak bebas berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Tidak pernah dalam sejarah seorang menteri tandatangan Akta 342,” kata Adham ketika berkongsi ‘the untold story’ (kisah di sebalik) itu pada Majlis Perkongsian Strategik Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), di sini.

“Betapa gentarnya saya nak tandatangan Akta 342, nak laksanakan ‘lockdown’ (sekatan pergerakan) satu negara. Semua orang diperintah ‘stay at home’ (duduk di rumah) bermula 18 Mac 2020,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Susulan penguatkuasaan Akta 342 bagi membendung penularan pandemik Covid-19, PKP mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 dengan beberapa status peringkat pelaksanaannya, sebelum negara beralih kepada fasa-fasa pelan pemulihan negara (PPN), bermula 15 Jun lalu.

Adham berkata, apabila Akta 342 dikuatkuasakan, setiap peraturan terkandung dalam akta tersebut digunakan sepenuhnya untuk tujuan pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19, walaupun mendapat kritikan hebat dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Setiap patah dan ayat dalam Akta 342 kita gunakan untuk pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.