7 kluster baharu, 3 babit tempat kerja

7 kluster baharu, 3 babit tempat kerja

Kluster dikesan di Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Perak dan Sabah.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tujuh kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan beliau berkata, tiga daripada kluster berkenaan membabitkan tempat kerja dan masing-masing satu kluster membabitkan pusat tahanan, komuniti, keagamaan dan institusi pendidikan.

Kluster dikesan di Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Perak dan Sabah.

Perincian tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Jalan Mutiara Tujuh (Johor Bahru) 9 kes
  • Kluster Jalan Pasar Segamat (Segamat ) 19 kes
  • Kluster Sawit Jati (Kinabatangan) 25 kes
  • Kluster DTI Jalan Duta 2 Kuala Lumpur (Kepong) 5 kes
  • Kluster Tumbalang (Ranau) 56 kes
  • Kluster Parit 4A Sungai Manik (Hilir Perak) 14 kes
  • Kluster Jalan Perdagangan Satu (Raub) 16 kes

Hisham berkata, sebanyak 5,788 kluster; dikesan di seluruh negara setakat ini dengan 390 adalah kluster aktif dan 5,398 kluster sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.