3 daripada 5 kluster baharu babitkan tempat kerja

3 daripada 5 kluster baharu babitkan tempat kerja

Kluster dikesan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lima kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan beliau berkata, tiga daripada kluster berkenaan membabitkan tempat kerja dan masing-masing satu kluster pendidikan dan komuniti.

Kluster tersebut dikesan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang

Perincian lima kluster baharu yang dikenal pasti hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Jalan Tuanku Dua (Lembah Pantai) 6 kes
  • Kluster Industri Jalan KPB Sembilan (Hulu Langat) 16 kes
  • Kluster Triang Bera (Bera) 35 kes
  • Kluster Chengal Lempong (Kuantan) 12 kes
  • Kluster Permatang Shahbandar (Maran) 13 kes

Hisham berkata, sebanyak 5,781 kluster Covid-19 dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 404 daripadanya kluster aktif dan 5,377 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.