Menteri Besar Kedah kini ‘Datuk Seri’

Menteri Besar Kedah kini ‘Datuk Seri’

Muhammad Sanusi Md Nor dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Kedah yang ke-79.

Selain menjadi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor juga adalah Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor dikurniakan anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah oleh Sultan Kedah, yang membawa gelaran “Datuk Seri”.

Darjah tertinggi itu dikurniakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-79, dan menurut pembantu Sanusi, ia diwartakan hari ini.

Anugerah ini dikurniakan kepada individu yang berpangkat tinggi dan berwibawa, selain terkenal dengan kecemerlangan prestasi mereka, menurut pembantu Sanusi.

Sanusi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 17 Mei 2020, susulan peletakan jawatan Mukhriz Mahathir.

Beliau adalah Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat dan Ketua Bahagian Sik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.