
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu, tragedi berkenaan dipercayai berlaku selepas mangsa, Suhaila Zainol Abidin, 45, bersama seorang rakannya cuba membantu seorang penunggang motosikal, Faizal Abu Bakar, 33, yang terjatuh selepas terbabas di jalan berkenaan.
Sumber polis dipetik Bernama berkata, sebuah kereta kemudiannya muncul secara tiba-tiba, lalu merempuh Suhaila serta Faizal, mengakibatkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, rakan wanita Suhaila yang berusia 30-an dan pemandu kereta Proton Wira iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun, turut mengalami kecederaan parah akibat kemalangan, dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Kamarul Rizal Jenal, mengesahkan kejadian itu. Menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.