6 kluster dilaporkan hari ini

6 kluster dilaporkan hari ini

Tiga berkait sektor pendidikan, dua membabitkan komuniti dan satu daripada tempat kerja.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan enam kluster baharu Covid-19 hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata tiga berkait sektor pendidikan, dua membabitkan komuniti dan satu daripada tempat kerja.

Kluster berkenaan dikesan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Kelantan, dan Johor.

Perincian enam kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Desa Sena (Seberang Perai Utara) dengan 24 kes
  • Kluster Bukit Rasah (Seremban dan Kuala Pilah) dengan 23 kes
  • Kluster Indera Mahkota Lapan (Kuantan) dengan 10 kes
  • Kluster Serigala Ulu (Hulu Selangor) dengan 11 kes
  • Kluster Kampung Pulau Panjang Kemumin (Kota Bharu) dengan 16 kes
  • Kluster Industri Jalan Budi Selatan (Batu Pahat) dengan 8 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 5,771 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 428 daripadanya kluster aktif dan 5,343 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.