Mahkamah kekal hukuman penjara 12 tahun lelaki rogol anak jiran

Mahkamah kekal hukuman penjara 12 tahun lelaki rogol anak jiran

Kehamilan mangsa telah digugurkan tetapi ujian paterniti DNA pada janin mengesahkan lelaki itu adalah bapa kandung.

Mahkamah Tinggi menambah hukuman kepada penjara 25 tahun ke atas lelaki selepas menjatuhkan hukuman atas perbuatan sumbang mahram.
PUTRAJAYA:
Seorang bekas pemandu lori yang merogol anak jirannya yang masih bawah umur kekal berdepan hukuman penjara 12 tahun susulan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi menambah hukumannya kepada penjara 25 tahun dan 10 sebatan selepas rayuan.

Bapa kepada enam anak itu kali pertama didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 2019 kerana merogol gadis itu, yang cuba membunuh diri selepas dia hamil, dan dijatuhi hukuman 12 tahun serta dua sebatan.

Selepas rayuan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi tahun lepas menjatuhkan hukuman atas perbuatan sumbang mahram yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Dia sebelum ini didakwa atas kesalahan merogol yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Dia melakukan kesalahan terhadap seorang gadis yang ketika itu berusia 13 tahun dan tujuh bulan antara Mac dan April 2017 di sebuah rumah di Puchong, Selangor.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Suraya Othman berkata, rayuan lelaki itu dibenarkan kerana Mahkamah Tinggi telah menggunakan peruntukan undang-undang yang salah.

Suraya, bersama panel Ahmad Nasfy Yasin dan Siti Mariana Yahya, berkata, perayu patut rasa dirinya bertuah kerana pihak pendakwaan juga bersetuju dengan rayuannya.

“Saya harap anda akan bertaubat dan berubah. Jangan terjerumus dalam perbuatan seperti itu,” katanya kepada lelaki yang diwakili Usha Kulasegaran dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan itu.

Mahkamah juga berterima kasih kepada Timbalan Pendakwa Raya Aida Khairuleen Azli kerana membantu mahkamah supaya tertuduh dihukum mengikut undang-undang.

Menurut fakta kes, lelaki itu telah pergi menjemput gadis itu untuk menghadiri majlis hari lahir anak perempuannya – tetapi sebaliknya tiada acara tersebut diadakan. Tiada sesiapa di rumah ketika itu dan ahli keluarga lelaki itu telah keluar. Mangsa memberitahu ibunya tentang perkara itu selepas disahkan hamil.

Gadis itu dirujuk kepada pakar psikiatri yang mencadangkan kehamilannya digugurkan kerana mangsa tertekan dan cuba membunuh diri.

Ujian paterniti DNA turut dijalankan ke atas janin yang mengesahkan lelaki itu adalah bapa kandung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.