
Ini menjadikan keseluruhan 2,347,985 daripada 2,448,372 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 563 pesakit di unit rawatan rapi (ICU), dengan 495 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 68 lagi disyaki dijangkiti virus itu.
Daripada jumlah itu katanya, 292 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 211 pesakit disahkan positif Covid-19 dan selebihnya 81 orang masih dalam siasatan.
Beliau berkata, terdapat 21 kes import dan 6,127 kes penularan tempatan dicatatkan membabitkan 5,885 warganegara serta 242 warga asing.
Daripada jumlah kes baharu itu, hanya 1.6% adalah dalam Kategori 3 hingga 5.
Sementara itu, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.91 setakat semalam.
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.02, disusuli Melaka (0.99), Putrajaya (0.96),Selangor (0.95), Sabah (0.93), Kedah (0.90), Johor (0.88), Terengganu (0.87), Pulau Pinang (0.87),Kelantan (0.86) Perak (0.85), Sarawak (0.84), Pahang (0.83) dan Perlis (0.81).