
Ketua Polis Daerah SPT, Shafee Abd Samad berkata kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan dalam operasi lapan jam bermula pukul 10 pagi di lokasi yang menjadi tumpuan atau ‘port’ penagih.
Beliau berkata ujian mendapati semua yang ditahan adalah positif dadah, malah semasa ditahan ada antara mereka yang berada dalam keadaan khayal.
“Selain itu, kami turut menahan enam lelaki di sebuah rumah di Bukit Indera Muda yang sedang leka membungkus dadah, dan polis merampas 31 paket heroin seberat 44.06g, serta lima paket methamphetamine (5.70g), dan 3.48g kanabis.
“Kesemua dadah itu bernilai RM2,353,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya semua mereka kini direman bagi membantu siasatan menurut pelbagai seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.