Lelaki maut dalam kemalangan, motosikal terbakar

Lelaki maut dalam kemalangan, motosikal terbakar

Menurut bomba, mangsa yang maut berusia dalam lingkungan 30-an, manakala rakannya yang cedera pula dianggarkan berusia dalam 20-an.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, mangsa maut dipercayai akibat kecederaan di kepala. (Gambar Bernama)
SEPANG:
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, mangsa yang maut berusia dalam lingkungan 30-an, manakala rakannya yang cedera pula dianggarkan berusia dalam 20-an.

“Mereka dipercayai sedang berkonvoi motosikal dari Melaka pulang ke Perak.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan bagaimanapun impak kemalangan menyebabkan kedua-dua motosikal itu terbakar 90%,” katanya.

Norazam berkata, mangsa yang maut dipercayai akibat kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan, manakala rakannya pula dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.05 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.