
Menerusi infografik dikongsi beliau di Twitter menunjukkan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan Rt tertinggi, iaitu masing-masing 1.00.
Beberapa negeri lain juga mencatat Rt melebihi nilai purata, iaitu Putrajaya dan Melaka (masing-masing 0.97), Selangor (0.95), Sabah (0.92), dan Kedah (0.90).
Lapan negeri mencatatkan tahap Rt pada dan di bawah 0.88, iaitu Johor (0.88), Terengganu dan Kelantan (masing-masing 0.86), Pulau Pinang (0.83), Pahang (0.82), manakala Perlis, Sarawak dan Perak masing-masing mencatatkan angka 0.81.
Sementara itu, Labuan hanya mempunyai tujuh kes baharu.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,666 jangkitan Covid-19 semalam.
Jumlah jangkitan kini adalah 2,431,716 dengan 75,947 kes aktif. Daripada jumlah itu, 303 sedang menerima rawatan intensif dan 300 memerlukan bantuan pernafasan.