Malaysia tarik penganjuran 15 persidangan antabangsa

Malaysia tarik penganjuran 15 persidangan antabangsa

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri berkata, Malaysia perlu memanfaatkan acara perniagaan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri berkata, Malaysia menjangkakan kehadiran kira-kira 16,000 perwakilan antarabangsa yang akan menyumbang RM140 juta kepada ekonomi.
KUCHING:
“Meet In Malaysia @ Sarawak”, persidangan acara perniagaan tahunan anjuran Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), melabuhkan tirainya petang tadi.

Bagi mereka yang tidak sempat mengikutinya, berikut disertakan beberapa perkara penting sepanjang acara itu.

Nancy Shukri

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu yang merupakan salah seorang tetamu kehormat, mengumumkan walaupun ketika pandemik Covid-19, Malaysia melalui MyCEB dan rakannya, berjaya menarik penganjuran 15 persidangan dunia di negara ini bermula 2022.

Beliau berkata, Malaysia menjangkakan kira-kira 16,000 perwakilan antarabangsa akan menghadiri persidangan itu yang akan menyumbang RM140 juta kepada ekonomi.

Katanya, dengan perwakilan acara perniagaan sedemikian membelanjakan kira-kira RM4.45 trilion setiap tahun, ia merupakan sektor yang perlu dimanfaatkan Malaysia untuk meningkatkan pemulihan ekonomi.

Abang Johari Openg.

“Ini meningkatkan kesan signifikan industri acara perniagaan dan Malaysia perlu memanfaatkan segmen pasaran menguntungkan ini secara strategik.”

Abang Johari Openg

Dalam temu bual bersama FMT, Ketua Menteri Sarawak itu berkata, negeri terbabit memiliki semuanya yang diperlukan untuk menarik penganjuran acara antarabangsa, seperti keselamatan, keramahan rakyatnya, kemudahan bertaraf dunia dan kemahiran berbahasa yang baik.

Mengenai pelancaran Kuching sebagai anggota “Hybrid City Alliance”, beliau berkata, menjadi tuan rumah kepada acara yang menggabungkan kehadiran fizikal dan maya adalah adaptasi penting ketika pandemik.

Ia juga sejajar usaha kerajaan ke arah pendigitalan.

“Dunia baharu memerlukan kita mengadaptasi kaedah yang akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan, serta mewujudkan persekitaran kondusif,” katanya dalam ucapannya.

Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Acara hibrid akan meningkatkan pengalaman dan keterlibatan, memungkinkan jangkauan lebih luas untuk menyebarkan pengetahuan serta mewujudkan perkongsian serantau dan rentas benua baharu, di samping menyokong usaha kerajaan negeri di bawah Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030.”

Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak yang juga Menteri Belia dan Sukan negeri berkata, Sarawak tetap aktif dalam mengadakan acara perniagaan, walaupun ketika pandemik.

“Pandemik Covid-19 tidak pernah menghalang usaha kami untuk berkembang. Sebaliknya, ia mendorong hasrat kita untuk menjadi destinasi lebih kuat dan berdaya tahan dengan menjalinkan kerjasama penting, bukan hanya dalam industri tempatan, tetapi juga industri acara perniagaan nasional dan antarabangsa. ”

Beliau berkata, agensi Acara Perniagaan Sarawak boleh menawarkan insentif dan subsidi untuk menggalakkan penganjur membawa acara mereka ke Sarawak.

Tahun ini sahaja, ia mendapat tawaran untuk menganjurkan 105 acara pada masa hadapan, yang akan menjana kira-kira RM332.1 juta kepada ekonomi dan mewujudkan lebih 26,000 pekerjaan baharu.

“Saya menantikan lebih banyak kerjasama pada masa akan datang untuk mengembangkan industri acara perniagaan untuk Sarawak dan Malaysia,” kata Karim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.