
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka Azlan Abu, enam lelaki terbabit adalah Srishashindran a/l Sundra Siganan, 30; Thavaneswaran a/l R. Sinnappan, 30; SIvalingkam a/l Chelliah, 29; Kalithasan a/l Nadaraj, 29; Prem Kumar a/l T. Vasu, 27; dan Sanjit Kumar a/l Subramaniam, 29.
“Setakat ini, lapan individu berjaya ditahan dalam Op Cantas pada 6 hingga 7 Sept lalu, dengan seorang daripadanya telah dituduh di Mahkamah Alor Gajah di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.
“Polis Melaka ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan memohon kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat, sehingga tertangkapnya individu-individu yang masih bebas,” katanya, menurut laporan Bernama.
Pada 5 Sept lepas, seorang lelaki berusia 34 tahun diserang sekumpulan lelaki dengan empat daripada penyerang bersenjatakan senjata tajam, di Taman Sebang Mutiara Gadek.
Berikutan itu mangsa mengalami cedera parah di tangan dan kaki akibat ditetak menggunakan senjata tajam berkenaan.