
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan dua kluster baharu Covid-19 yang semuanya membabitkan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster itu dikesan di Johor dan Sabah.
Perincian kluster seperti berikut:
- Kluster Jalan Sentol Kluang (Kluang) dengan 10 kes.
- Kluster Blok 03 (Kinabatangan) dengan 19 kes.
Hisham berkata, sebanyak 5,719 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 557 daripadanya kluster aktif dan 5,162 lagi sudah tamat.