
PETALING JAYA: “The tiger is back”, kata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang dilaporkan positif Covid-19, dua minggu lalu.
Dalam hantaran di InstaStory milik baginda, hari ini, Tunku Ismail juga berkongsi keadaan kesihatannya.
“2 weeks of covid, and now (dua minggu dijangkiti covid, dan sekarang).
“Few weeks ‘down time’ physically and psychologically, thank you for well wishes (berehat secara fizikal dan psikologi beberapa minggu, terima kasih atas doa anda),” tulis baginda.
Tunku Ismail turut berkongsi bahawa baginda kini sudah kembali sembuh.
“The tiger is back (harimau kini kembali),” katanya.