
Pada acara “Meet In Malaysia @ Sarawak” Biro Konvensyen & Pameran Malaysia, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri berkata, Langkawi adalah lokasi permulaan terbaik, memandangkan ia juga menjadi projek rintis bagi memulakan semula pelancongan domestik bulan lepas.
“Mudah-mudahan, ini akan dilaksanakan pada Disember, jika bukan lebih awal. Kami telah diminta menyenaraikan negara mana akan diterima terlebih dahulu,” katanya.
Jika berjaya, perjanjian selanjutnya akan dicapai dengan negara lain untuk mempromosikan perjalanan dengan Malaysia.

Kata Nancy, beliau sedia maklum mengenai kesulitan dihadapi penggiat industri yang kebanyakannya menyatakan hasrat untuk melihat pelancong antarabangsa kembali.
“Kami faham, kami dengar anda, itulah sebabnya kami berusaha habis-habisan untuk anda semua,” katanya semasa sesi libat urusnya dengan penggiat industri pelancongan Sarawak.
Bulan lepas, Langkawi menjadi “gelembung hijau” pertama untuk pelancongan domestik, dengan rakyat dibenarkan mengunjungi pulau itu walaupun sempadan negeri masih ditutup ketika itu.
Awal bulan ini, perjalanan rentas negeri dan negara dibenarkan bagi rakyat yang telah lengkap vaksinasi, dengan mereka yang ke luar negara tertakluk kepada kuarantin apabila pulang.