
Menerusi hantaran di Twitter, beliau memuat naik tangkap layar daripada laman sesawang CovidNow yang menunjukkan peningkatan kadar kemasukan ke hospital di Lembah Klang dan Sarawak, sekali gus menjadi petunjuk utama untuk kementerian memantau perkembangan itu.
Berdasarkan maklumat, kadar kemasukan ke hospital di Lembah Klang meningkat kepada 22%, manakala Sarawak pula 16%.
Selangor merekodkan peningkatan kadar tertinggi sebanyak 23% manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 12% dan 5%.
Manakala di seluruh negara pula terdapat peningkatan sebanyak 2% dari segi kadar kemasukan ke hospital minggu lalu.
Bagaimanapun, purata kes mingguan Covid-19 pula dilihat menunjukkan penurunan sebanyak 21%, begitu juga dengan angka kematian yang menurun sebanyak 26% sejak 14 hari lalu.