
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berurusan dengan suspek selaku orang tengah yang menawarkan lapan unit kereta jenis Honda, Perodua dan Toyota.
Katanya, mangsa tertarik dengan tawaran harga yang dibuat bersetuju untuk membeli kenderaan terbabit.
“Mangsa bersetuju dengan tawaran suspek itu dan membuat pembayaran menerusi pemindahan dalam talian dari akaun bank syarikat pengadu kepada akaun peribadi suspek,” katanya, menurut laporan Berita Harian.
Katanya, mangsa membuat pindahan wang sebanyak 12 kali ke dalam akaun suspek bermula awal Jun sehingga awal Ogos lalu.
“Selepas selesai membuat bayaran terakhir pada Ogos lalu, mangsa gagal menghubungi suspek.
“Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam,” katanya.