Nelayan lemas, terjatuh ketika mencari kerang

Nelayan lemas, terjatuh ketika mencari kerang

Mangsa, Shahril Daud, 33, ditemukan nelayan dalam keadaan terapung pada kira-kira pukul 7 malam tadi.

Mangsa dipercayai terjatuh dari bot berkenaan pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak. (Gambar Freepik)
BERUAS:
Seorang nelayan ditemukan lemas selepas terjatuh dari sampan dinaikinya ketika mencari kerang di perairan Kuala Panchor, Pantai Remis, di sini, malam ini.

Mayat, Shahril Daud, 33, ditemukan nelayan dalam keadaan terapung pada kira-kira pukul 7 malam tadi.

Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 3.35 petang dan operasi mencari mangsa diketuai Pegawai Bomba Mohd Akmal Hussin segera diaktifkan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari bot berkenaan pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

“Radius pencarian diperluaskan sehingga 500 meter dari kawasan mangsa dipercayai terjatuh sebelum mayat mangsa ditemukan oleh nelayan pada pukul 7 malam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.